Wednesday 8 June 2011

Bab 1

Bab 1

Memang tidak boleh diungkapkan oleh kata-kata akan kekuasaan Allah S.W.T yang mentadbir sekalian alam. Malam itu sungguh mendamaikan dengan ditemani sang bulan yang tidak pernah jemu memberi sinarnya pada pawana ciptaan-Nya. Sungguh indah dan menenangkan. Suasana yang sibuk di bandar metropolitan itu sunyi tatkala hari sungguh berganjak ke lewat malam dan penghuninya telah asyik dibuai mimpi yang indah.
Bagi remaja lelaki yang berusia 17 tahun itu alangkah indahnya jika hidupnya seindah malam itu. Namun harapan hanya tinggal harapan. Dirinya dan kedua ibu bapanya memang pada zahirnya dekat tetapi pada zahirnya seperti ada tembok yang memisahkan.
Pelbagai soalan yang selalu singgah di kotak fikirannya. Apa gunanya memiliki harta seluas lautan dan setinggi gunung andai hati tidak bahagia. Harapannya cuma satu iaitu kasih sayang daripada insan bernama   ayah  dan ibu. Namun kasih yang didambakan itu tidak pernah dapat dirasai kerana sifat ibu bapa yang sering melantarkan hanya untuk mengejar kekeyaan dunia yang hanya  membutakan hati manusia. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui kesunyian yang dihadapi tanpa belaian kasih sayang ibu bapanya.
Faiz Ilham melemparkan buku rujukan Biologinya. Dia mengeluarkan keluhan kasar. Baginya tiada gunanya dia mengulangkaji pelajaran jika hati pedih bagai dicucuk sembilu.
“ Papa tidak akan benarkan Faiz berkawan dengan mereka. Faiz tolong jangan cuba menjatuhkan air muka Papa dengan bergaul dengan orang bawahan seperti mereka, mereka tidak setaraf dengan kita,” kata Datuk Fauzi kepada anak tunggalnya.
“ Apa salahnya jika Faiz berkawan dengan mereka? Mereka semua baik dan memahami Faiz. Walaupun mereka bukan daripada keluarga yang berada tetapi Faiz suka berkawan dengan mereka, bagi Faiz harta kekayaan bukannya segalanya tetapi persahabatan itu lebih penting,” kata Faiz Ilham.
“ Sekali Papa tidak benarkan kamu berkawan dengan mereka selamanya kamu tidak boleh berkawan dengan mereka. Apa kata rakan-rakan Papa bila mendapat tahu bahawa anak kepada ahli perniagaan terkenal berkawan dengan yang orang tidak setaraf  dengan keluarga kenamaan seperti kita,” kata Datuk Fauzi dengan bongkaknya.
“ Tapi Pa…,”
“ Cukup Faiz, kamu jangan sesekali cuba menguji kesabaran Papa. Jika Papa dapat tahu kamu masih berhubungan dengan mereka, nahas kamu,” potong Datuk  Fauzi.
“ Papa memang pentingkan diri sendiri. Yang Papa fikiran cuba kerja, kerja dan kerja. Cuba sekali sahaja Papa tanyakan khabar Faiz, bagaimana persekolah Faiz, Namun Papa tidak pernah bertanyakan semua itu. Papa tidak tahu bagaimana sepinya hidup di dalam rumah ini bila hari-hari Papa dan Mama tiada di rumah. Hanya  Mak Kiah dan Pak Mat sahaja yang ambil berat tentang Faiz walaupun mereka cuma pembantu kita  tetapi Papa dan Mama anggap Faiz seperti tidak wujud sahaja. Sekarang Papa menghalang Faiz untuk berkawan dengan rakan-rakan Faiz untuk menutup perasaan malu Papa, Papa fikir Faiz tidak ada perasaan dengan hanya perlu patuh akan arahan Papa,” Faiz Ilham meluahkan apa yang disimpan di dalam hatinya selama ini dengan menitiskan air mata.
Datuk Fauzi yang berang akan kata-kata anaknya itu menamparkan Faiz Ilham. Datin Sabariah yang sedari tadi hanya menyaksikan pertengkaran dua beranak itu dan enggan untuk campur tangan.
Faiz Ilham yang kecewa dengan tindakan ayahnya itu segera mengalas beg sekolahnya dan segera ke kamar tidurnya. Papanya begitu menghalang persahabatannya dengan Iman, Muzammil dan Farhan yang berasal daripada golongan bawahan sahaja. Faiz Ilham begitu terpukul dengan sifat Datuk Fauzi yang lebih mementingkan harta dan memikirkan perasaaan orang lain asalkan apa yang diingini dapat dipenuhi.
Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Terpapar nama Farhan yang menelefonnya.
“ Hello Faiz, kau tak tidur lagi ke? Maaflah kalau aku mengganggu,” kedengaran suara Farhan di corong telefon.
“ Aku belum tidur lagi. Apa hal kau call aku tengah malam ni?,” jawabnya acuh tidak acuh.
“ Aku nak tanya ni Cikgu Sharifah ada beri kerja sekolah tak? Aku terlupa la, jika tidak disiapkan kerjanya itu, habislah aku dijatuhkan denda berdiri sepanjang kelas Kimia esok,” Farhan menyatakan niatnya menelefon sahabatnya itu.
“ Oh, sebab itu rupanya. Cikgu Sharifah tidak beri apa-apa pun kerja sekolah. Jangan risau la Paan,” jawab Faiz Ilham kepada rakannya yang lebih mesra dipanggil Paan.
“ Thank you la mata kuyu atas maklumat itu. Boleh saya tidur dengan nyenyaknya,bye bro,” Farhan berseloroh dengan Faiz Ilham dengan menggelarnya ‘ mata kuyu’. Sememangnya Faiz Ilham memiliki sepasang mata yang kuyu sehingga digelar oleh rakan-rakannya dengan gelaran sebegitu.
“ Okey bye, jumpa esok di sekolah my friend, selamat malam,” ucapnya kepada Farhan lalu meletakkan gagang telefon bimbitnya.
Sebelum tidur Faiz Ilham teleh memutuskan untuk meminta maaf kepada Papanya atas sikap yang keterlaluan pada Papanya tengah hari tadi.
“ Walaupun Papa seperti itu tapi dia tetap bapa kandungku, tanpanya siapalah aku. Walaupun dia pentingkan diri serndiri, panas baran dan egois dia tetap yang teristimewa bagiku. Faiz sayang Papa,” desis hati kecil Faiz Ilham lalu melelapkan matanya.

Tuesday 7 June 2011

Rangka, plot, kertas watak

PERANCANGAN AWAL
  1. Bab jangka 12 hingga 23 bergantung pada banyak konflik.
  2. Bilangan muka surat A4 Single spacing 180 hingga 200 M/S(terlalu banyak ms, anda hanya perlu tulis 70-100 ms).
  3. Suasana bersesuaian dengan jalan cerita.
RINGKASAN CERITA

Mengisahkan seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun, Faiz Ilham yang merupakan anak tunggal kepada seorang ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Fauzi dan isterinya, Datin Badariah. Faiz Ilham bagaikan terperangkap dengan sangkar emas yang diciptakan oleh ayahnya sendiri. Demi mengejar nama dan kekayaan, Datuk Fauzi sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan dapat dipenuhi.
Faiz Ilham yang bakal mengambil peperiksaan makin tertekan dengan sikap ayahnya itu dan semakin hanyut dalam dunia remajanya. Daripada seorang anak dan pelajar yang baik, dia semakin berubah. Namun kehadiran seorang pelajar baru di sekolahnya telah merubah segalanya. Awalnya hubungan yang agak dingin di antara Faiz Ilham dan Shafiq menjadi sebuah persahabatan yang tidak dapat dipisahkan oleh apa pun. Faiz Ilham yang hidup dengan kekurangan ajaran Islam semakin kembali ke jalan yang benar atas bimbingan dan dorongan Shafiq.
Namun persahabatan yang terjalin erat telah dilanda badai ekoran rahsia yang tersimpan erat 17 tahun yang lalu. Keadaan semakin bertambah runcing apabila Datuk Fauzi dan Datin Sabariah telah terlibat dalam satu kemalangan yang telah meragut nyawa mereka berdua.
Rupanya kemalangan yang menyebabkan kematian ibu bapa Faiz Ilham sememangnya telah dirancang oleh seseorang yang ingin membalas dendam akan perbuatan Datuk Fauzi 17 tahun yang lalu. Faiz Ilham yang merasa tiada gunanya dia hidup kerana kedua insan yang disayangi telah menjadi keluarga angkat bagi keluarga Shafiq tanpa keluarga Shafiq mengetahui siapa sebenarnya Faiz Ilham bin Datuk Fauzi.

Nota-
  1. jalan cerita menarik dan ada rahsia yang tersirat.
  2. mudah memasukkan elemen tarbiah di sini kerana wujud watak tarbawi (sahabat Faiz) di dalam cerita ini.
  3. cerita ini perlu disusun rapi konfliknya kerana rahsia yang tersirat ini tidak akan keluar segera melainkan satu persatu. Perlu rancang dengan baik supaya tidak tertinggal rahsia yang telah penulis bayangkan sedikit demi sedikit itu.
  4. Baik jika ditambah pula flashback.